Salam Ramadhan Al-Mubaraq

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum WBTH.


Salam Ramadhan dan Salam Idilfitri buat semua sahabat seperjuangan. Moga-moga kehadiran Ramadhan pada tahun ini akan meningkatkan lagi kekuatan serta keyakinan kita dalam mengharungi segala rintangan dan ujian dengan penuh taqwa dan istiqamah. Sahabat ku sekalian, madrasah Ramadhan juga merupakan satu medan bagi kita untuk merapatkan diri kita sebagai seorang hamba dengan pencipta kita iaitu Allah SWT. Jadikanlah diri kita sebenar-benar hamba yang tunduk dan patuh demi untuk memperolehi redha Allah SWT semata-mata. Itulah kemenangan yang mutlak yang tidak ada tolok bandingnya didunia ini.

Wassalamualaikum WBTH.

Shamsudin Jaafar
Ketua DPP Kawasan Pontian.

0 comments: