• Blockquote

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

  • Duis non justo nec auge

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

  • Vicaris Vacanti Vestibulum

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

  • Vicaris Vacanti Vestibulum

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

  • Vicaris Vacanti Vestibulum

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

Oximeter and Oxygen Generator  with good price!



Hi,Dear Friend,

Good day.
Our Oximeter and Oxygen Generator  are very hot selling now, and with very good price.
if you have any needs, welcome to inquire. My wechat and whatsapp is: +8613844860162










And those protective products are available to order: 







Thanks & Best regards
Jasmine

If you prefer not to receive emails from us, you may unsubscribed .

محمد is waiting for your reply

In order to view email properly, please enable email images

Hi!


Your friend wants you to join him at citybase.my

Accept

® 2012 citybase.my. | All Rights Reserved.
Unsubscribe | Privacy Policy | Terms and Conditions

Salam Ramadhan Al-Mubaraq

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum WBTH.


Salam Ramadhan dan Salam Idilfitri buat semua sahabat seperjuangan. Moga-moga kehadiran Ramadhan pada tahun ini akan meningkatkan lagi kekuatan serta keyakinan kita dalam mengharungi segala rintangan dan ujian dengan penuh taqwa dan istiqamah. Sahabat ku sekalian, madrasah Ramadhan juga merupakan satu medan bagi kita untuk merapatkan diri kita sebagai seorang hamba dengan pencipta kita iaitu Allah SWT. Jadikanlah diri kita sebenar-benar hamba yang tunduk dan patuh demi untuk memperolehi redha Allah SWT semata-mata. Itulah kemenangan yang mutlak yang tidak ada tolok bandingnya didunia ini.

Wassalamualaikum WBTH.

Shamsudin Jaafar
Ketua DPP Kawasan Pontian.

Ed-Mubaraq 1427

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ

Selamat menjalankan Ibadah Puasa,semoga mendapat limpahan rahmat dari Allah. Tambahkanlah ibadah pada bulan barakah ini.

Perkataan yang cantik "Allah" lagu yang merdu "Azan",Novel yang menarik " Al-Quran,Senaman yang baik "Sembahyang" Diet yang mujarab "Puasa" Selamat berpuasa.

31 Ogos, Kemerdekaan Ala Pak Kaduk


Email dari pembaca.

Selepas Mahathir menangis dan meletakkan jawatan, rakyat digantikan
pemimpin yang lemah, lebih berbulan madu dari bekerja. Sikap yang bukan
sahaja dimiliki oleh Pemimpin malah segenap menteri yang ada. Tidak
melakukan kerja dengan seikhlasnya dan tidak bersungguh-sungguh. Memonopoli
kekayaan masing-masing tanpa bimbang kerana Perdana Menteri tidak mampu
mengawal sikap buas nafsu menteri yang ada. Menteri sekarang kurang ajar.
Kalau Pak Lah kritik, mereka tidak menyokong, maka kerana itu Pak Lah
tunduk dan membiarkan segala bentuk penyalahgunaan kuasa dikalangan
menteri. Kepimpinan yang padan dengan menterinya. Rakyat? Padan muka.

BUAT-BUAT BIJAK

Untuk dilihat bagai mampu, Pak Lah cuba melancarkan pelbagai bentuk
rancangan. Usaha ini bermula apabila minyak dinaikkan harga pada awal tahun
ini. Rancangan RMK 9. Untuk majukan rakyat atau untuk tutup kelemahan?

Sejak ia mula diperkenalkan, ceritanya sahaja sudah mengambil masa hampir
setengah tahun. Sehingga kini perlaksanaannya tidak kelihatan lagi. Pihak
kontraktor yang sekian lama menganggur, mula tertanya-tanya rakan yang
berada di jabatan-jabatan kerajaan samaada sudah ada atau belum borang
tender, namun jawapannya menghampakan. Borang tender ada tapi kerja yang
tiada.

Lalu Rafidah Aziz pun ikut serta, melancarkan IMP3. Apa ke jadah tu?
katanya untuk membangun dan menseragamkan industri di Malaysia. Penulis
tidak berminat untuk mengetahui secara lebih dekat. Apa yang jelas, ianya
adalah umpama MP3 mainan kanak-kanak untuk berhibur. Tidak lebih dari itu.
Tak percaya? Tunggu sahaja.

SIAPA DAN APA YANG BENGKOK?

Di dalam usaha Pak Lah mengembalikan kepercayaan rakyat kepada beliau,
beliau diserang oleh bekas PM, Mahathir Mohamad. Bermula dengan isu
pembatalan Jambatan Bengkok, ia terus membabitkan isu pemilikan saham ECM
LIBRA dan pemerolehan projek kerajaan oleh Kamaludin. Jambatan sudah
bengkok, pemimpin pun bengkok sama.

Wawancara disiarkan keseluruh Malaya. Cakap terus cakap tapi buktinya
tiada. Maka jawapan Pak lah diragui dan tidak boleh diterima. Berkata-kata
seperti lagak orang yang rendah daya pemikirannya. Esoknya, Khairi jual
saham dan Kalimullah mengurangkan saham majoritinya untuk dilihat sebagai
syarikat yang masih diterajui oleh Malaysia, kembali. Usaha mengkualitikan
penipuan.

Jual beli saham di dalam bentuk kertas. Benar atau tidak, rakyat tidak
peduli. Ibarat tutup bangkai gajah dengan daun pisang, baunya terkeluar
jua. Orang tidak tanya mana transaksi penjualan saham, yang pasti kertas
tertulis menyatakan syarikat dah berubah. Mungkin ada 'power attorney'
dimana-mana. Peduli taik dengan usaha menutup salah ini.

PESTA NAIK HARGA 2006 MENYAMBUT KEMERDEKAAN

Kenaikan harga minyak di negara kita dan kerajaan cuba mengalih kesalahan
kepada harga pasaran minyak dunia yang naik. Maka berjanjilah kerajaan
untuk pastikan kenaikan harga tidak membabitkan barangan lain. Kerajaan
mungkir lagi.

Bermula dengan kenaikan caj elektrik ia membawa kepada kenaikan harga
barangan keperluan lain. Gula yang dahulunya banyak, kini dikedai yang
tinggal hanyalah garam dan ajinomoto. Gula hilang entah kemana.
Masing-masing tunggu dan lihat. Harapkan kerajaan, cakap kosong hingga ke
hari ini.

Puas sudah Shafiee Apdal beralasan. Penyeludup gula jadi alasan. Akhirnya
bendera kalah diangkat. Beliau meminta bantuan TPM untuk mengarah pengilang
GULA mengeluarkan gula kasar menggantikan gula halus. Yang pasti Gula Halus
60% lebih mahal harganya dari gula kasar, dan untung mungkin lebih. Rakyat
tiada pilihan, selain membeli gula halus sebagai ganti. Rakyat terpaksa
menerima situasi yang dicipta. Pengeluar gula ketawa bergaya. Kerajaan
kedip-kedip mata mesra dan rakyat semuanya terkena.

NAIK YANG TAK PERNAH TURUN

Ura-uranya harga air juga akan turut naik. Maka menteri sudah mula mengugut
rakyat untuk tidak membazirkan air, jika tidak, harganya akan naik. Siapa
yang membazir, pastinya bukan aku dan anak aku. Strategi lama, politik kuno
untuk menyalahkan rakyat demi untuk menaikkan harga air pula. MInta harga
naik, tapi setiap rumah ketika ini menggunakan penapis air yang kelihatan
kuning dan berkarat.

Dulu alasan swastakan air untuk memberikan air bersih. Kini harga akan
dinaikkan dan alasannya serupa. Menggantikan batang paip untuk menyalurkan
air yang bersih. Alasan serupa untuk 100 tahun akan datang. Karat di
'filter' sudah lama kelihatan, akhirnya rakyat mati berkarat di dalam. Yang
berharap akan mati dan air masih seperti dulu, malah lebih teruk lagi.

Dalam senyap-senyap barangan dipasar juga turut naik. Ikan dan sayuran
harga berubah-ubah. Tiada siapa lagi mahu pantau. Shafiee Apdal sudah
SEPERTI gula, hilang entak kemana.

Mungkin mereka mahu menekan rakyat untuk terus hidup menderita akibat
rakyat sudah tidak percaya. Yang peliknya, Hari Raya Aidil Fitri nanti,
barang sukar diperolehi atau harga barang naik. Syarikat pengeluar air
minuman pasti akan beruntung kerana jika kurang gula bangsa Melayu akan
sambut raya dengan 'air botol' dan kueh terpaksa dibeli dengan harga
tinggi. Akan hilang lah budaya rumah terbuka pada rakyat kecuali para
menteri yang buka rumah kerana ada peruntukan dan untuk membeli hati
pengundi.

APA!! DAH MERDEKA KE?

Kini sudah tiba OGOS 2006. Dek kerana lembabnya kerajaan tangani kenaikan
harga barang, rakyat semakin terhimpit. Bezanya merdeka dan sebelumnya,
kini segala-galanya perlu dibayar. Ramai yang tidak tahu kemewahan sebelum
merdeka, tapi sejarah menceritakan oleh orang tua yang masih hidup, dalam
setuju dengan kemodenan, mereka merungut tentang sikap masyarkat moden dan
maju. Rungutan orang tua membawa ke akhir hayat. Pening kepala tengok
gelagat anak muda yang maju tapi tidak tahu malu. Tutup sana buka sini,
tutup sini buka sana. Akhir sekali, buka semua. Top top mengandung. Mak
bapa ketawa, sejuk perut mak, anak aku normal, boleh mengandung rupanya.

Kita bersetuju bahawa kemajuan yang kita perolehi ketika ini menjadikan
rakyat semakin senang. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan
ditengah hari. Susah ketika sebelum merdeka, senang ketika proses capai
kemajuan dan kembali susah apabila sudah maju seperti sekarang.

Kini, sedikit demi sedikit kesempitan sudah mula dirasai. Keluar sahaja
sudah memerlukan belanja. Sehari belanja RM50 sudah seperti perkara biasa.
Minyak, minum, tol, bil talipon dan belanja harian sebagai perkara yang
pasti.

Segalanya perlu dibayar. Begitu juga dengan cukai pintu, barangan dapor,
anak kesekolah, elektrik dan air, minyak kenderaan, tiusyen anak-anak, tol
lebuhraya, talipon tangan, cukai kenderaan, cukai pendapatan, kenaikan
harga barangan. Semuanya membebankan. Sedangkan pendapatan hanya sedikit
tapi dek kerana hendak merasakan kemajuan, maka segala-galanya perlu
dibayar.

Kerja 5 tahun gaji tidak naik, tapi barangan dan perkhidmatan, harganya
naik berkali-kali ganda sehinggakan kerak melebihi periuk dan kini
terkeluar dari mulut periuk yang besarnya tidak pernah bertambah besar.

AKU SUDAH JEMU

Tiba sahaja bulan OGOS akan ada kempen kibarkan bendera. Hidup seperti
terpaksa. Hati sedih, jiwa terkongkong dengan karenah kerajaan dan
kelembapan bertanggung-jawab, tapi rakyat dipaksa untuk menyambut
kemerdekaan. Saban hari media meminta agar sambutan diraikan oleh rakyat
dengan menaikkan bendera. Jika 2 ke 5 tahun sebelum ini, terdapat ramai
pemilik kenderaan memasang bendera pada kereta mereka, namun sekarang sudah
berubah. Perbelanjaan perlu lebih berhemah dan kerana itu RM10 untuk satu
bendera, dikira membazir. Untuk gantikan bendera, gantung kan seluar dalam
yang berjalur warnanya. Asalkan ada yang berkibar.

Jika dahulu ada syarikat yang ingin menaja bendera dengan mengedarkannya
kepada pemandu kenderaan ditol-tol tetapi kini sudah tidak kelihatan.
Banyak syarikat yang sekarang sudah tidak mampu lagi menderma.

Bangsa asing melihat KEMERDEKAAN itu satu peluang, bangsa Melayu melihatkan
Kemerdekaan itu satu sejarah dan keraian yang berulang. Yang pasti satu
untung dan satu rugi. Rugi Melayu adalah kerana beli bendera dan keluar
jauh malam, untung bangsa asing adalah kerana jual bendera dan malam duduk
rumah makan bersama keluarga. Esok Melayu bangun lewat sedangkan bangsa
asing bangun awal untuk terus berniaga.

JENERASI BARU PRODUK BARU

Berikutan kegagalan kerajaan di dalam menjaga dan menitik beratkan
kepentingan rakyat, kita sebenarnya hidup seperti diera penjajahan. Sukar
memperolehi barangan dizaman dahulu akibat putus hubungan kerana perang
tetapi ketiadaan barangan ketika ini adalah kerana tiada wang untuk membeli
barang dan pengusaha pula hentikan pengeluaran barang demi untuk menaikkan
harga barangan tersebut. Keadaan berbeza tapi hakikatnya serupa. Merdeka
kah kita?

Dalam banyak-banyak kekesalan, kerajaan seharusnya bersyukur kerana masih
ada golongan yang ingin menyambut kemerdekaan. Pasti dilihat nanti
bagaimana adanya golongan intelek dan remaja-remaja yang menyambut
kemerdekaan di pub-pub, disco dan pusat hiburan sehingga ke pagi.
Kebanyakannya adalah golongan remaja produk kerajaan. Yang terpesong akibat
sistem pelajaran ala British dan Kerajaan Islam Hadhari, Hari-hari, tiap
hari lupa diri.

RAKYAT SUDAH LUPA KEMERDEKAAN

Semangat nasionalisma dan kemerdekaan kini semakin pudar. Di dalam kita
mengecapi kemerdekaan dan pembangunan yang dicipta oleh pemimpin UMNO sejak
dahulu, ternyata ianya menambah beban kepada rakyat. Bangsa Melayu semakin
hari semakin tercicir. Pulau Pinang sudah hampir menjadi Singapura, Kuantan
sudah menjadi Hadyai, Kuala Lumpur sudah menjadi New York dan Kelang sudah
menjadi BRONX. Ada kemajuan, ada kemiskinan dan ada jenayah yang sukar
dikawal.

Jenayah akibat kesempitan hidup menjadi-jadi. Sebelum merdeka kita diserang
musuh, kini kita diserang penjenayah yang mungkin juga jiran kita sendiri.
Hidup tidak seharmoni dahulu kerana ekonomi semakin membimbangkan.
Kehidupan rakyat tidak seimbang. Yang kaya, teramat kayanya dan yang miskin
semakin menghimpit kemiskinannya. Ada yang menjadi ROBIN HOOD dan ada yang
menjadi ARIEAL SHARON.

Rakyat sudah ada kasta. Pariya akan berusaha untuk menjadi kaya. Kaedah
mereka berbeza. Yang bijak guna akal, yang bodoh guna kederat dan yang
ingin mudah, menjadi penjenayah. Rompak sana dan sini. Jentolak bukan lagi
untuk projek RMK 9, tapi untuk merompak bank, membawa lari mesin ATM.

MELAYU YANG MERDEKA

Setiap tahun, Bangsa melayu adalah bangsa majoriti yang menjerit sakan
dihari kemerdekaan. Entah apa yang dijeritkan, aku tidak tahu. Namun yang
pasti aku menjerit bila semua orang menjerit. Jeritan aku hanya ikutan dan
bukan dari pengertian yang sebenar. Benarkah kita sudah merdeka? Persoalan
yang dijawab dengan jawapan khayalan para pemimpin sejak dahulu.

Sorakan itu kini terhenti kerana bangsa melayu sudah tidak kekal merdeka.
Puas sudah kerajaan meminta supaya kita terus bersorak, tetapi sebenarnya
kita bimbang akibat SORAK MENANG, TANAH TERGADAI. Islam kini juga sudah
ditindas dan dipermainkan. Bangsa Melayu sudah lama diperalatkan oleh
pemimpin dan bangsa lain, kerajaan kononnya memperuntukkan belanja untuk
kemajuan bangsa Melayu, sedangkan peruntukan itu lari entah ke mana.

Pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa berlaku dimana-mana tanpa ada usaha
ekatan oleh kerajaan. Kebenaran digelar FITNAH dan TOHMAH. Kerajaan cuba
membenteras sebarang kenyataan yang dianggap fitnah sedangkan tidak
berusaha untuk menidakkan tuduhan dan mencari bukti. Terlalu banyak sekatan
untuk mencari kebenaran tetapi kepada kerajaan pintu luas terbuka cuma
malas nak cari kebenaran kerana tiada lagi kebenaran. Kerajaan sudah tahu,
mencari bukti akan membuka aib diri.

Di dalam kampung Melayu yang mempunyai penduduk yang ramai keluarga, tidak
tentu lagi 10 orang yang berjaya. Hendak salah kan kerajaan? Tentu alasan
kerajaan, MELAYU MALAS. Kini Melayu benar-benar Malas. Malas untuk berharap
kepada kerajaan, malas untuk percaya kepada kerajaan dan malas untuk
menyambut kemerdekaan.

HASRAT SEBENAR

Aku memang mahu merdeka tetapi pemimpin Melayu yang mahu Melayu dijajah
semula.

Merdekakah kita jika hingga sekarang kita masih berharap untuk menjadi maju
seperti bangsa lain? Merdeka kah kita jika kita sendiri tidak boleh kritik
kerajaan? Merdeka kah kita jika kita sendiri di dalam kesusahan untuk
sekadar hidup?

Kita lambat maju kerana berharap pada kerajaan untuk merealisasikan kesemua
janji yang pernah diucapkan. Tunggu dan tunggu, kini kerajaan tegah rakyat
untuk tidak lagi berharap pada kerajaan. Melayu kini mula bertapak
sendirian tanpa bantuan. Bantuan diberikan? Itu semua janji palsu.Melayu
bodoh kerana pegang pada janji sedangkan janji tidak pernah ditunaikan
kecuali ada kepentingan.

Aku hilang kenyakinan dan kepercayaan kepada kerajaan maka kerana itulah
aku tidak lagi sambut 31 OGOS. Pada ku 31 Ogos adalah hari menjerit sakan
ala Pak Kaduk.

Sekapur sirih dari S/U Dppk Pontian

Assalamualaikum,

Alhamdulillah kehadrat Allah saya panjatkan syukur dengan segala usaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian selama ini, akhirnya tercetus jua segala idea untuk melancarkan laman web DPP Kawasan. Semoga dengan pelancaran web ini dapat memberi semangat baru kepada lapisan muda khususnya.

Harapan kami, lontarkan segala pandangan yang membina bagi kejayaan umat Islam di Malaysia Khususnya.

Sekian Terima Kasih sekali lagi kepada Lajnah IT DPPK pontian dan semua AJK yang memberikan dorongan untuk menerbitkan web ini.

Tahniah!!

Jazakallah...

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian.

Selamat Datang .....

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah... setelah lama menanti akhirnya berjaya juga laman web Dewan Pemuda Pas Kawasan Pontian ini dihasilkan. Laman ini masih dalam percubaan dan diselenggarakan oleh Lajnah iT DPP Pontian.